H0BBY & COLLECTION

My Gallery Collection

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6 other followers

  • iaryylr@gmail.com

  • March 2010
    M T W T F S S
    « Feb   May »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Subscribe

  • Hit Counter

    • 55,722
  • OLD STUFFS BLOG

    OLD STUFFS BLOG
  • Custrmaps

  • Online Visitors

  • Flag Counter

  • Browsers Counter

  • Motosikal & Bahasa Dunia

    motocyclette – motosikal – motorcycle – sepeda motor – Μοτοσικλέτες – Мотоциклы – motorsiklo – motoren – motosiklet – motocicleta – мотоцикл – Motociclos – मोटरसाइकिल – motorsykkel - รถจักรยานยนต์
  • Meta

  • Categories

  • Current Country Totals

    From 28 Dec 2009 to 14 Mar 2010 United States 387 Malaysia 236 Canada 47 Argentina 22 United Kingdom 19 Italy 16 Brazil14 Indonesia 13 Mexico 13 Australia 9 Germany 8 Poland 8 Puerto Rico 8 Greece 6 Asia/Pacific 5 India 5 Uruguay 5 Thailand 4 Taiwan 4 Singapore 4 Netherlands 4 Colombia 4 Turkey 4 France 3 Lithuania 3 Romania 3 South Africa 3 Vietnam 3 Ukraine 3 Japan 3 Bulgaria 3 Iran, Islamic 2 Kuwait 2 Slovenia 2 Pakistan 2 Hong Kong 2 Portugal 2 Trinidad&Tobago 2 Brunei Darussalam 2 Venezuela 2 Albania 2 Peru 2 Hungary 2 Belgium 2 Serbia 2 Egypt 2 Slovakia 1 Sweden 1 Ireland 1 Czech Republic 1 Austria 1 Qatar 1 Nigeria 1 Cambodia 1 Grenada 1 Sri Lanka 1 Ecuador 1 Chile 1 Paraguay 1 Namibia 1 Saint Lucia 1 Guatemala 1 Tunisia 1 Korea 1 Macedonia 1 Lebanon 1 United Arab Emirates 1 Philippines 1 China 1 Montenegro

SUZUKI SHOGUN 125RR PANTAI KELANANG

Posted by iaryylr on 21/03/2010

SUZUKI SHOGUN 125RR ke PANTAI KELANANG
Pandu Uji Suzuki Shogun 125RR tanpa tauliah
dan merapu dimalam sabtu.

Hari Ini 19 March 2010 Saya berdua Ke Pantai Kelanang
dengan menunggang motosikal Suzuki Shogun 125RR
dengan menempuh jarak perjalanan pergi balik sekitar
94 km dengan beban berat sehingga 170kg. Perjalanan
ini tidak dirancang sebenarnya, sekadar ikut hati
di malam hari,sehari selepas siri Penunggu Gunung Raya.

Perjalanan pada malam hari bermula dari Jalan dalam
Jalan Kebun ke Jalan besar melalui Jenjarum dan terus
menuju ke Banting dengan kelajuan sekitar 65 Km/Jam.
Kalau solo, pemilik kata boleh laju maksimun 100 Km/J.

Setibanya di Pekan Banting, saya memberi minum
suzuki Shogun dengan minyak petrol harga selepas
subsidi bernilai RM4. Meter minyak pun naik ke takuk
maksimum. Mengikut perkiraan saya, agak kurang
sopan Suzuki Shogun 125rr ini menelan petrol dengan
kawalan karburetor Mikuni VM18 yang menyerlah.
Mungkin Suzuki Shogun ini masih dara dan membawa
beban 170kg.Di Pekan Banting masih terdapat kedai
motor beroperasi memberi khidmat sambil mengaut
untung, orang puteh kata “win win situation”.
Setibanya dipersimpangan dilema antara Pantai
Kelanang dan Pantai Morib , Saya terus memecut
tidak selaju Yamaha Nouvo’s ke Morib lagi 3 KM,
untuk singgah ke gerai makan 1 KM sebelum jalan
masuk Pantai Morib. Emmm, Tutup pula gerai makan.
Perut berkeroncong, dengan tidak rasa takut pada
Pocong saya berpatah balik dan masuk ke lorong
ke-2 untuk ke Pantai Kelanang.

Dipantai Kelanang terdapat tempat rehat yang agak
lengkap. Parkir yang luas bertar dilimpahi cahaya,
lampu , tandas , surau, tapak perkhemahan, tempat
rehat berbumbung dan gerai makan dengan anika
menu yang menyelerakan tanpa dapat dipasti rasa.

O.k, berbalik di jalan masuk, tiada lampu jalan walau
jalan berturap, mungkin kerana tiada kawasan
perumahan dikiri hutan dan mungkin kolam udang
dan kanan longkang besar @ tali air sebelum ladang
sawit dan juga kandang lembu. Dari jalan masuk
ke tempat rehat Pantai Kelanang saya anggarkan
sejauh 2 km. Hanya cahaya lampu motor menerangi
jalan kerana tiada lampu jalan ( sudah cakap ),
manakala bulan dan bintang begitu suram diselimuti
awan yang mengandungkan benih-benih hujan.
Jika motor rosak kena tunggu siang, kalau ada lanun
darat poket kena siang, kalau ada lembu melintas,
perlahankanlah kenderaan, kalau ada anjing ketawa?
pecutlah konon impak maksima @V3 Samseng jalanan.
Kisah Benar sekumpulan remaja berlari lintang-pukang
apabila nampak anjing ketawa pada waktu malam hari.

Tiba di kawasan rehat Pantai Kelanang, bau laut
bergaram dapat dihirup segar, bagai tiada bunyi
ombak menghempas pantai, mungkin kerana angin
tidak bertiup seperti biasa sebab ramai orang yang
naik angin bila sedang marah,sakit hati atau bengang,
menyebabkan kurang angin untuk pantai berombak.

Walau perjalanan ke sini sejauh 45 KM, namun saya
yakin Suzuki Shogun 125rr ini masih boleh pergi jauh.
Di Pekan Banting Motor dah kenyang teguk petrol
sekarang masa untuk manusia pula teguk kopi panas
dan jus ore x 2. Makan ? nasi paprik dan nasi goreng
kampung yang dicampur udang segar.

Brek cakera depan belakang begitu berkesan dan
lembut, dibandingkan dengan modenas GT128 yang
bagai menyentap sewaktu saya uji tanpa tauliah
motor rakan yang sejauh 22 km pada januari 2010.
Tidak tahulah saya kalau motor rakan saya seorang
sahaja begitu atas sebab – sebab tertentu.
Penukaran Gear juga lembut dan lancar disepanjang
perjalanan tanpa gusar cuma risau kalau tayar pancit.

Cuaca panas seperti  hendak hujan, bayaran rm 12.50
telah dijelaskan untuk menu yang agak berpatutan.
Saya mengambil keputusan untuk pulang.

Perjalanan pulang, saya memecut dengan selesa
dan selamat pada kadar purata kelajuan 70 km/J
sahaja dengan ‘spocket’ asal, dan belum lagi dengan
kelajuan maksima yang mungkin mencecah <85km/J
sahaja dengan berat 2 orang 170kg, nak lagi power
kena pakai motor lagi berkuasa. Ada kawan cakap kalau
tukar ‘spocket’ paling laju mencecah 130km/jam ? ,
( betul atau tidak ? ) dan tidak boleh menjadi pesaing
Yamaha LC135 yang ‘power’. LC135 memang power,
tapi panas. Kawan saya baru beli dah kena curi pula,
bukan kerana cuai tetapi pencuri hendak mudah
di dunia dan hendak susah di Akhirat.

Alhamdulillah saya selamat tiba dirumah tanpa
sebarang masaalah. Cuma sewaktu melalui Kampung
Medan , Sijangkang terdapat sebuah kereta jenama
Kanggaroo baru dengan grafik TM , Telekom Malaysia,
memotong kenderaan lain secara berbahaya, entah
apa yang hendak dikejar, Polis kejar pejahat masih
berhemah, ambulan bawa pesakit pun laju ada lesen
khas, apa pula dengan TM, orang curi kabel telifonpun
orang kampung yang tolong tangkap ( berita metro ).

bersambung…

8 Responses to “SUZUKI SHOGUN 125RR PANTAI KELANANG”

  1. iaryylr said

    Pomen cakap,Kelajuan Maksima Suzuki Shogun 125SP standard cuma 110 km/J, motor ini sesuai untuk perjalanan jarak jauh kerana ciri-cirinya, manakala pomen yang lain memberitahu suzuki shogun sp hanya boleh mencapai 120 km/j tetapi cuma waktu turun bukit.Saya cuma dapat mencapai 95 km/j dengan Shogun 125 RR, Lagi berat beban lagi selesa.

  2. cut13 said

    aku henjut shogunSP dapat 160 meter rxz..korang kena pandai jocky.tarik biar sampai sebu..baru power mtor korang..

  3. lepatpisang said

    kalau untuk ride jauh shogun ni sesuai tak.contoh dr kl ke kelantan…….

    • iaryylr said

      woo, kena hati-hati tu, setakat ini perjalanan jauh berhenti-henti yang pernah saya tempuh pun sekitar 200km. Belum lagi cuba lagi jauh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: