H0BBY & COLLECTION

My Gallery Collection

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6 other followers

  • iaryylr@gmail.com

  • September 2014
    M T W T F S S
    « May    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    2930  
  • Subscribe

  • Hit Counter

    • 50,166
  • OLD STUFFS BLOG

    OLD STUFFS BLOG
  • Custrmaps

  • Online Visitors

  • Flag Counter

  • Browsers Counter

  • Motosikal & Bahasa Dunia

    motocyclette – motosikal – motorcycle – sepeda motor – Μοτοσικλέτες – Мотоциклы – motorsiklo – motoren – motosiklet – motocicleta – мотоцикл – Motociclos – मोटरसाइकिल – motorsykkel - รถจักรยานยนต์
  • Meta

  • Categories

  • Current Country Totals

    From 28 Dec 2009 to 14 Mar 2010 United States 387 Malaysia 236 Canada 47 Argentina 22 United Kingdom 19 Italy 16 Brazil14 Indonesia 13 Mexico 13 Australia 9 Germany 8 Poland 8 Puerto Rico 8 Greece 6 Asia/Pacific 5 India 5 Uruguay 5 Thailand 4 Taiwan 4 Singapore 4 Netherlands 4 Colombia 4 Turkey 4 France 3 Lithuania 3 Romania 3 South Africa 3 Vietnam 3 Ukraine 3 Japan 3 Bulgaria 3 Iran, Islamic 2 Kuwait 2 Slovenia 2 Pakistan 2 Hong Kong 2 Portugal 2 Trinidad&Tobago 2 Brunei Darussalam 2 Venezuela 2 Albania 2 Peru 2 Hungary 2 Belgium 2 Serbia 2 Egypt 2 Slovakia 1 Sweden 1 Ireland 1 Czech Republic 1 Austria 1 Qatar 1 Nigeria 1 Cambodia 1 Grenada 1 Sri Lanka 1 Ecuador 1 Chile 1 Paraguay 1 Namibia 1 Saint Lucia 1 Guatemala 1 Tunisia 1 Korea 1 Macedonia 1 Lebanon 1 United Arab Emirates 1 Philippines 1 China 1 Montenegro

2011 PUNYA CERITA

Posted by iaryylr on 13/05/2011

Hari ini baru Saya boleh buka blog ini sesudah lama lupa pasword….
Yahoooo!

Posted in diari | Leave a Comment »

Posted by iaryylr on 07/05/2010

WELCOME

Diecast Custom Bike

Custom Bike

To visitors who are respected, How are you all? hope you all are doing well, so long I do not update this blog, but now I am back. Actually quite a lot of my collection is not arranged, and two months ago I focused on items childhood, a collection of glass, old items, Coca-cola products, bottles, find diecast cars, etc. with minimum cost. To better organize my collection is to be kept in boxes by type. It is still not finished because of the relatively narrow space. For a collection of diecast motorcycles, the 60 model is not in the original boxed a bit because I like to put it in a glass cabinet that easily seen. For diecast model of the newly purchased or stocks, Now I do not remove from box, but to take pictures to color and condition are always in good condition. I am also thinking about how to update this blog so neat & organized. See you!.

HONDA VFR

SELAMAT DATANG!

Kepada pelawat yang dihormati, Apa khabar semua  ? diharap anda semua sihat sejahtera , begitu lama saya  tidak update blog ini, namun kini saya kembali . Sebenarnya banyak koleksi saya agak tidak tersusun, dan 2 bulan lepas saya menumpukan pada barang zaman kanak-kanak, koleksi gelas,barang lama,barangan coca-cola, botol ,mencari diecast kereta dan lain-lain dengan kos minima . Untuk lebih teratur saya sedang menyusun  koleksi untuk disimpan didalam kotak mengikut jenis. Ianya masih belum selesai kerana ruang yang agak sempit. Untuk koleksi diecast motosikal, dalam 60 buah model tidak berada dikotak asal sebab dulu saya suka meletakkannya dalam almari kaca agar senang dilihat. Untuk model diecast yang baru dibeli atau stok lama,Sekarang baru saya tidak mengeluarkan dari kotak, kecuali untuk ambil gambar agar warna dan keadaannya sentiasa dalam keadaan baik. Saya juga memikirkan bagaimana untuk mengemaskini  blog ini agar kemas & tersusun. Jumpa lagi!.

English &  Malay Google Traslate

Posted in diari | Tagged: | Leave a Comment »

SUZUKI SHOGUN 125RR PANTAI KELANANG

Posted by iaryylr on 21/03/2010

SUZUKI SHOGUN 125RR ke PANTAI KELANANG
Pandu Uji Suzuki Shogun 125RR tanpa tauliah
dan merapu dimalam sabtu.

Hari Ini 19 March 2010 Saya berdua Ke Pantai Kelanang
dengan menunggang motosikal Suzuki Shogun 125RR
dengan menempuh jarak perjalanan pergi balik sekitar
94 km dengan beban berat sehingga 170kg. Perjalanan
ini tidak dirancang sebenarnya, sekadar ikut hati
di malam hari,sehari selepas siri Penunggu Gunung Raya.

Perjalanan pada malam hari bermula dari Jalan dalam
Jalan Kebun ke Jalan besar melalui Jenjarum dan terus
menuju ke Banting dengan kelajuan sekitar 65 Km/Jam.
Kalau solo, pemilik kata boleh laju maksimun 100 Km/J.

Setibanya di Pekan Banting, saya memberi minum
suzuki Shogun dengan minyak petrol harga selepas
subsidi bernilai RM4. Meter minyak pun naik ke takuk
maksimum. Mengikut perkiraan saya, agak kurang
sopan Suzuki Shogun 125rr ini menelan petrol dengan
kawalan karburetor Mikuni VM18 yang menyerlah.
Mungkin Suzuki Shogun ini masih dara dan membawa
beban 170kg.Di Pekan Banting masih terdapat kedai
motor beroperasi memberi khidmat sambil mengaut
untung, orang puteh kata “win win situation”.
Setibanya dipersimpangan dilema antara Pantai
Kelanang dan Pantai Morib , Saya terus memecut
tidak selaju Yamaha Nouvo’s ke Morib lagi 3 KM,
untuk singgah ke gerai makan 1 KM sebelum jalan
masuk Pantai Morib. Emmm, Tutup pula gerai makan.
Perut berkeroncong, dengan tidak rasa takut pada
Pocong saya berpatah balik dan masuk ke lorong
ke-2 untuk ke Pantai Kelanang.

Dipantai Kelanang terdapat tempat rehat yang agak
lengkap. Parkir yang luas bertar dilimpahi cahaya,
lampu , tandas , surau, tapak perkhemahan, tempat
rehat berbumbung dan gerai makan dengan anika
menu yang menyelerakan tanpa dapat dipasti rasa.

O.k, berbalik di jalan masuk, tiada lampu jalan walau
jalan berturap, mungkin kerana tiada kawasan
perumahan dikiri hutan dan mungkin kolam udang
dan kanan longkang besar @ tali air sebelum ladang
sawit dan juga kandang lembu. Dari jalan masuk
ke tempat rehat Pantai Kelanang saya anggarkan
sejauh 2 km. Hanya cahaya lampu motor menerangi
jalan kerana tiada lampu jalan ( sudah cakap ),
manakala bulan dan bintang begitu suram diselimuti
awan yang mengandungkan benih-benih hujan.
Jika motor rosak kena tunggu siang, kalau ada lanun
darat poket kena siang, kalau ada lembu melintas,
perlahankanlah kenderaan, kalau ada anjing ketawa?
pecutlah konon impak maksima @V3 Samseng jalanan.
Kisah Benar sekumpulan remaja berlari lintang-pukang
apabila nampak anjing ketawa pada waktu malam hari.

Tiba di kawasan rehat Pantai Kelanang, bau laut
bergaram dapat dihirup segar, bagai tiada bunyi
ombak menghempas pantai, mungkin kerana angin
tidak bertiup seperti biasa sebab ramai orang yang
naik angin bila sedang marah,sakit hati atau bengang,
menyebabkan kurang angin untuk pantai berombak.

Walau perjalanan ke sini sejauh 45 KM, namun saya
yakin Suzuki Shogun 125rr ini masih boleh pergi jauh.
Di Pekan Banting Motor dah kenyang teguk petrol
sekarang masa untuk manusia pula teguk kopi panas
dan jus ore x 2. Makan ? nasi paprik dan nasi goreng
kampung yang dicampur udang segar.

Brek cakera depan belakang begitu berkesan dan
lembut, dibandingkan dengan modenas GT128 yang
bagai menyentap sewaktu saya uji tanpa tauliah
motor rakan yang sejauh 22 km pada januari 2010.
Tidak tahulah saya kalau motor rakan saya seorang
sahaja begitu atas sebab – sebab tertentu.
Penukaran Gear juga lembut dan lancar disepanjang
perjalanan tanpa gusar cuma risau kalau tayar pancit.

Cuaca panas seperti  hendak hujan, bayaran rm 12.50
telah dijelaskan untuk menu yang agak berpatutan.
Saya mengambil keputusan untuk pulang.

Perjalanan pulang, saya memecut dengan selesa
dan selamat pada kadar purata kelajuan 70 km/J
sahaja dengan ‘spocket’ asal, dan belum lagi dengan
kelajuan maksima yang mungkin mencecah <85km/J
sahaja dengan berat 2 orang 170kg, nak lagi power
kena pakai motor lagi berkuasa. Ada kawan cakap kalau
tukar ‘spocket’ paling laju mencecah 130km/jam ? ,
( betul atau tidak ? ) dan tidak boleh menjadi pesaing
Yamaha LC135 yang ‘power’. LC135 memang power,
tapi panas. Kawan saya baru beli dah kena curi pula,
bukan kerana cuai tetapi pencuri hendak mudah
di dunia dan hendak susah di Akhirat.

Alhamdulillah saya selamat tiba dirumah tanpa
sebarang masaalah. Cuma sewaktu melalui Kampung
Medan , Sijangkang terdapat sebuah kereta jenama
Kanggaroo baru dengan grafik TM , Telekom Malaysia,
memotong kenderaan lain secara berbahaya, entah
apa yang hendak dikejar, Polis kejar pejahat masih
berhemah, ambulan bawa pesakit pun laju ada lesen
khas, apa pula dengan TM, orang curi kabel telifonpun
orang kampung yang tolong tangkap ( berita metro ).

bersambung…

Posted in diari, motorcycle | Tagged: , , , | 8 Comments »

SUZUKI SHOGUN 125RR 125SP

Posted by iaryylr on 18/03/2010

SUZUKI SHOGUN 125RR – PRESTASI UNGGUL

Suzuki Shogun 125 Baru

Sudahkah Anda Mengujinya ?
Sebarang Komen atau pandangan ?

Adakah prestasi setanding harga ?
Adakah Kualiti setara dengan Nilai ?

Suzuki Shogun 125 / Panel Meter

Panel Meter yang cukup ringkas dan kemas.
Lampu penunjuk jelas pada sebarang cuaca.

Signal Light Suzuki Shogun 125

Lampu Isyarat yang terang.

Ignition Switch

Sistem penghidup Elektrik dan tendang yang sempurna.
Anda boleh menghidupkan penghidup tendang dengan
hanya menolak dengan tangan.Cuba jika tidak pecaya?.

Storage Compartment

Ruang Simpanan barang seluas 7 litre

Rear Light Suzuki 125

Lampu isyarat brek belakang dengan 6 led,
lebih terang dan lebih selamat.

Front Disc Brake

Brake Cekera Depan dengan kuasa brek
yang dipertingkatkan.

Rear Disc Brake

Brake Cakera Belakang dengan kuasa brek
yang dipertingkatkan. Brek belakang lembut
dan kemas . Bagi pendapat saya, lebih baik
dari sistem brek belakang pesaing lain.

yoshimura muffler optional accessory

Muffler yoshimura? sakit gigi harganya!.

SPECIFICATIONS
Engine type : 4 stroke,Air cooled, SOHC
Bore (mm) : 53.5
Stroke (mm) : 55.2
Piston displacement (cm³) : 124
Compression ratio : 9.6 : 1
Carburetor : MIKUNI VM18
Starter system : Electric & Kick starter
Lubrication system : Wet sump
Clutch : Wet shoe, automatic,
centrifugal type(Shogun 125 RR)
Wet, multi-plate type(Shogun 125 SP)
Drive system : RK-M 428M, 102 links
Front suspension : Telescopic, coil spring, oil damped
Rear suspension : Swingarm type, coil spring, oil damped
Front brake : Disc brake
Rear brake : Disc brake
Front tire size : 70/90 – 17
Rear tire size : 80/90 – 17
Ignition type : DC – CDI
Spark Plug NGK : C6HSA
Nippon Denso : U20FS-U
Battery : 12V 12.6KC (3.5AH) / 10HR
Fuel tank : 4.3 L
Engine oil : Without filter change: 800 ml
With filter change: 900 ml
Overall length : 1,910 mm
Overall width : 715 mm
Overall height : 1,070 mm
Wheel base : 1,230 mm
Dry mass : 104 Kg

Panduan Pengguna?

1-Pastikan Motor tersebut diperiksa terlebih dahulu.
2-Semak terma syarat perjanjian,pinjaman, bayaran
balik dan lain-lain bagi mengelak kerugian selepas
tandatangan diturunkan atas borang yang biasanya
kosong dan diisi kemudian.
3-Setelah membeli Segera isi Kad Daftar Waranti
pembelian untuk mengesahkan Kupon Servis Percuma
untuk 1000km dan 3000km dan untuk anda mendapat
waranti 12 bulan atau 10,000 km ( Sila Semak ) .
Ini kerana ada penjual yang sengaja senyap atas
sebab tertentu, sebab itu pembeli tidak diberitahu,
pembeli juga tidak sedar atau tidak ambil tahu dan
bila sedar rupanya sudah berakhir tempoh 10 hari
yang diberi ( tempoh yang singkat ) untuk anda
memulangkan ‘warranty registration Card’.
Waranti Suzuki

4-Servis ikut masa o.k?

Pendapat Saya

Motosikal Suzuki Shogun 125 RR memang
mudah dikendalikan dan lasak. Ianya sesuai
untuk semua peringkat umur yang memiliki
lesen memandu.Ciri keselamatan yang cukup
baik dalam kelasnya.Saya belum mengujinya
untuk jarak perjalanan yang jauh namun
percaya dengan prestasinya. Saya tidak
merasa getaran enjin, rupanya enjin 4 lejang
ini telah dipasang dengan pengimbang ‘balancer’.
Inovasi yng serba mengurangkan getaran enjin.
Dari segi jimat petrol seperti tiada beza. Saya
tidak pasti tetapi tidak jauh beza.
Harganya lebih tinggi dari Modenas GT128 tetapi
kerana duti yang perlu kita bayar.
Bagaimana dengan Anda ? ada sebarang Komen
tentang Suzuki Shogun125RR atau 125SP?.

Hobby & Collection 2010

Posted in motorcycle | Tagged: , , , , | 4 Comments »

SUZUKI GSX-R 750 2000 ~ 2005

Posted by iaryylr on 12/03/2010

2000 SUZUKI GSX-R 750


GSX-R 750 2000
Overall Length: 2,055 mm (80.9 in)
Overall Width: 715 mm (28.1 in)
Overall Height: 1,135 mm (44.7 in)
Seat Height: 830 mm (32.6 in)
Wheelbase: 1,410 mm (55.5 in)
Dry Weight: 166 kg (365 lbs)
Engine type: Water-cooled 749 cc inline-4, DOHC,
16 valves. 141 hp(102,9 kW)/ 12,500 rpm,
83 Nm/ 10,500 rpm.

Maisto Diecast Motorcycle Model
Diecast SUZUKI Motorcycles

SUZUKI DIECAST MOTORCYCLE COLLECTION
Brand: Maisto Model: Suzuki GXSR 750 ( Year 2000 )
Scale: 1/18 Colour:       Blue Material : Diecast
Product Code:                   Year Of Release :

hobby & collection

METAL MOULE 1:18 DIE-CAST
WARNING! : CHOCKING HAZARD – SMALL PARTS
NOT FOR CHILDREN UNDER 3 YEARS!

hobby & collection

1:18 Scale Motorcycle Replicas With Authentic Details
Real Looking Seats & Spokes
Working Kick Stand
Detailed Suspensions

http:hobbycollection.wordpress.com

motocyclette – motosikal – motorcycle – sepeda motor – Μοτοσικλέτες -
รถจักรยานยนต์ – Мотоциклы – motorsiklo – motoren – motosiklet – motocicleta – мотоцикл – Motociclos – मोटरसाइकिल – motorsykkel

motorcycle diecast scale model collection

suzuki gsxr 750

Totalmente detallado – Suspension Activa – Piezas Fundidas De Metal Con Partes De Plastico
Wirklichkeitsgetreue details – Funktionierende federung – Metallspritzguss Mit Plastikteilen
Zeer gedetaileerd – Werkende schockbrekers – Gegoten Metaal Met Plastic Onderdelen
Modele tres detaille – Reelle suspension – Metal Injecte avec Des Parties Plastiques

Perfette Riproduzioni – Sospensioni funzionanti – Metallo Con Parti In Plastica
Photo By : Hobbycollection.wordpress.com
Camera : Nikon D40x

TENTANG MODEL REPLIKA SUZUKI GSXR 750

Model Replika 1:18 keluaran Maisto diatas adalah
Untuk Motosikal Suzuki GSX-R 750 Keluaran Tahun
2000. Untuk keluaran Siri ‘Two Wheelers’ 2008
iaitu siri ‘Fresh Metal’, Maisto tidak mengeluarkan
model @ grafik Suzuki GSX-R 750 tahun 2000.
Dari laman sesawang Maisto , Saya lihat Model
tersebut telah digantikan dengan Model @ Grafik
GSX-R 750 keluaran tahun 2002 seperti gambar
di bawah. Walau kedua model itu serupa dari segi
rekabentuk tetapi grafik warna berbeza mengikut
model sebenar keluaran bagi tahun 2000 & 2002.

Posted in motorcycle | Tagged: , , , , , , | 4 Comments »

JAKET TEAM SUZUKI PERCUMA

Posted by iaryylr on 11/03/2010

MOTORCYCLE CLOTHING

PERCUMA ‘ZIP UP’ RIDE FREE

SUZUKI

dengan pembelian motosikal / skuter Suzuki dari
1 Februari hingga30 April 2010.

p/s : Kalau dapat dengan  helmet lagi bagus !

-Biker Clothing-

Posted in clothing, motorcycle | Tagged: , , | Leave a Comment »

motocyclette,motosikal,motorcycle,sepeda motor Μοτοσικλέτες,Мотоциклы,motorsiklo motoren,motosiklet,motocicleta,мотоцикл Motociclos मोटरसाइकिल,motorsykkel,รถจักรยานยนต์

Posted by iaryylr on 10/03/2010

BAHASA DUNIA MOTOSIKAL

motocyclette – motosikal – motorcycle – sepeda motor – Μοτοσικλέτες – Мотоциклы – motorsiklo – motoren – motosiklet – motocicleta – мотоцикл – Motociclos – मोटरसाइकिल – motorsykkel – รถจักรยานยนต์

Мотоциклы ( Russian )Motorna kolesa ( slovenian ) Мотоцикли ( Serbian ) Motocykle ( slovak ) Motociclete ( romanian ) motorcyklar ( swedish ) motorsiklo ( tagalog )

Betul atau tidak saya harap betul dengan alih bahasa google.

Update 11 March 2010 :
Dibawah pula menggunakan stringtranslator

http://stringtranslator.com/motorcycles/

Translated strings:
الدراجات البخارية (Arabic),Мотоциклети (Bulgarian),Motos (Catalan)
Motocykly (Czech),Motorcykler (Danish),Motorräder (German)
Μοτοσικλέτες (Greek),Motos (Spanish),Moto (French)
Moto (Italian),אופנועים (Hebrew),オートバイ (Japanese)
오토바이 (Korean),Motociklai (Lithuanian),Motocikli (Latvian)
Motorfietsen (Dutch),Motorsykler (Norwegian)
Motocykle (Polish),Motocicletas (Portuguese)
Motociclete (Romanian),Мотоциклы (Russian)
Motocykle (Slovak),Motorna kolesa (Slovenian)
Мотоцикли (Serbian),Motorcyklar (Swedish)
Motorsiklo (Tagalog),Мотоцикли (Ukrainian)
Xe máy, (Vietnamese),摩托车 (Chinese)

Posted in motorcycle | Tagged: , , | Leave a Comment »

AMERICAN IRON MAGAZINE

Posted by iaryylr on 10/03/2010

For People Who L ove Harley-Davidsons

american iron

Majalah motosikal barat yang telah sekian
lama bertapak di Malaysia ini khusus untuk
pecinta motosikal Harly-Davidson, Tetapi
bukan bermakna yang tidak berminat tidak
boleh membeli. Majalah ini boleh didapati
di kedai-kedai buku di bandar utama.

Posted in megazine | Tagged: , , , | Leave a Comment »

MANET MOTORCYCLE – STAMP

Posted by iaryylr on 10/03/2010

1948 ? MANET 90CC
SETEM MOTOSIKAL MANET
BURKINA FASO STAMP – POSTES

MANET MOTORCYCLE

MANET MOTORCYCLE & STAMP

Burkina Faso – 1985 Poste Aerienne 80f
Centenaire de I’Invention de la Motocyclette
Stamp Collection – Koleksi Setem iaryylr

GAMBAR SEBENAR MOTOSIKAL MANET

MOTOSIKAL MANET DAN SETEM

1949 MANET 90cc / Image from http://rollingart.org

MANET 90 cc MOTORCYCLE IMAGE

1948 MANET 90CC & STAMP

1948 MANET 90CC / image from http://motobike-search-engine.co.uk

motocyclette – motosikal – motorcycle – sepeda motor
– Μοτοσικλέτες – Мотоциклы – motorsiklo – motoren
– motosiklet – motocicleta – мотоцикл – Motociclos –
मोटरसाइकिल – motorsykkel – รถจักรยานยนต์
hobby & collection

Posted in philately | Tagged: , , , , , , | Leave a Comment »

JAWA MOTORCYCLE STAMP

Posted by iaryylr on 10/03/2010

SETEM MOTOSIKAL JAWA

JAWA MOTORCYCLE
JAWA MOTORCYCLE

Burkina Faso – 1985 Poste Aerienne 150f
Centenaire de I’Invention de la Motocyclette
Stamp Collection – Koleksi Setem IARYYLR

motocyclette – motosikal – motorcycle – sepeda motor
– Μοτοσικλέτες – Мотоциклы – motorsiklo – motoren
– motosiklet – motocicleta – мотоцикл – Motociclos –
मोटरसाइकिल – motorsykkel – รถจักรยานยนต์

http://hobbycollection.wordpress.com

Posted in philately | Tagged: , , , , , , , , | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.